Dikuasakan oleh Blogger.

Redah



Kelmarin gua ada di Kolumpo. Semalam gua balik Pahang. Hari ini gua ke Kolumpo semula.

Begitulah selalunya gua melayan jadual hidup. Walaupun Pahang dan Kolumpo sudah sebati di dalam jiwa gua masalah gua cuma satu sahaja di Kolumpo ni.

Lebuh raya rentas (baca : express way) tumbuh bagai hujan mencurah ke cendawan. Paling kerap berlaku apabila gua sering salah masuk lorong seterusnya salah masuk jalan lalu membawa ke salah masuk simpang.

Tatkala terjadinya perkara sebegitu gua tidaklah panik melainkan berpura-pura tenang dan bawa kereta main redah. Berpandukan pada papan tanda, mercu tanda serta tanda tanya dalam kepala otak gua.

Berapa lapis lagi mahu bikin hiway rentas ni? Orang Seremban mahu segera sampai ke Kelang. Orang Gombak mahu segera sampai ke Kajang. Orang Shah Alam mahu segera sampai ke Putrajaya. Itulah antara tujuan diwujudkan lingkaran lebuh raya rentas ini.

Gua pun hairan juga. Dalam banyak-banyak tu tak ada ke orang Segambut mahu segera sampai ke Connecticut ke San Diego ke tak pun Las Vegas?


<

Marah Pada Siapa?

Marah pada siapa?
Seni aku sepi.
Aku akan kembali.
Berilustrasi.





Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

<

Gothik

Bagi aku...
Bibir kehitaman itu seksi.

Sekian. Terima Kasih.



'Gothic Art' ini tiada kena mengena dengan apa yang menerjah
tangki otak aku sekarang.




<

Pekena Sepam

Fuhhhh! Lama sungguh ni.

Lama sungguh aku tak pekena menulis sepam gajah.

Semalaman aku tak tidur demi membangunkan bangsa.

Oleh itu.

Ayuhhhh!!!

Bangun semua!!!

Bangun!!!

Aku mahu tidur.





<