Dikuasakan oleh Blogger.

Pencemaran Bersilang

Aku pergi Kursus Pengendalian Makanan hari ini. Perancangan yang telah lama aku aturkan baru hari ini aku dapat laksanakan. Tak lama lagi Ramadan pun dah nak masuk. Aku seperti tahun- tahun yang sudah akan menjalankan perniagaan di pasar juadah. Moga- moga dengan ilmu yang aku dapat hari ini akan dapat menjadi panduan ke arah Malaysia yang lebih sihat. Fuh!

Segala paku topik tentang aspek pengendalian makanan, kebersihan dan keselamatan ditukul masuk ke dalam kepala peserta. Dan kredit untuk kata kunci paling popular hari ini iaitu 'Cross Contamination' (Pencemaran Bersilang).


< >

Pengembaraan Ke Alam Tong Kiat : Episod 23




Bas belakang ni memang real punya macam nak bergerak. Enjinnya sudah menderam-deram dalam kedudukan gear free tak tarik hand brake. Berpusu-pusu penumpang tertumpu di kaki tangga bas dan pemandunya pula dengan sabar menanti sehingga habis semua penumpang naik.

Gua dan Emkay adalah pasenjer terakhir. Tatkala melihat wajah pemandunya ketika menapak anak tangga, Emkay jadi tidak konsisten. Gelabah semacam. Melihat perilakunya yang sedemikian pelik, gua melihat pula wajah pemandu bas. Rupa-rupanya tak lain dan tak bukan itulah dia Pak Atan Randuk. Seorang lelaki yang amat dikenali oleh kami merangkap lelaki yang mendapat jolokan ‘bakal bapa mertua’ Emkay.

Cuma Pak Atan sahaja yang tak mengenali wajah Emkay. Emkay baginya hanyalah sekadar satu nama yang pernah kantoi kerana ditangkap bercintan-cintun dengan anak perempuannya, Zue. Ya. Sesungguhnya perbuatan bercinta adalah kesalahan disiplin sedangkan bercinta itu bukanlah suatu jenayah.

“Menantu mokcik terh pegawei JPJ. Kalaa tau gini gaya peel sarikaet baeh ni, mokcik pergi kompelen…tau la nasib demeh…” Makcik peramah yang menegur gua tadi sekali lagi kedengaran bersuara. Kali ini Mat Za’ais di sebelahnya. Satu gandingan yang secocok. Benda-benda peramah ni memang elok diserahkan kepada Mat Za’ais memandangkan dia selalunya bijak menangani situasi tersebut.

“Anok ni ngsekoloh de mana?” Tanya makcik tersebut setelah menyedari kami bergerak seperti satu kumpulan.

“Sekoloh TAHAP…”, Mat Za’ais memberitahu.

“Hummmm...” Balas makcik itu pendek tetapi dengan cebik mulut yang panjang. Dari juih bibirnya, gua syak makcik ini pernah ada kes dengan sekolah gua. Tetapi gua malas nak merumuskan apa yang bersarang di fikiran makcik tersebut. Biarlah ia menjadi rahsia abadi makcik.

Nasib gua dan Emkay agak baik kerana Acoi meletak beg besarnya di kerusi paling belakang. Muat-muat untuk dua orang. Melihat kelibat gua dan Emkay sedang mencari tempat, Acoi mengalih beg itu ke bahagian kaki. Sungguh berhati-hati dia mengangkat beg itu persis membawa bahan letupan.

Tiba-tiba...

“Ktinggg!!!” ARD memicit loceng. Mungkin niatnya untuk mengetahui sama ada loceng bas berfungsi atau tidak. Tapi dari gaya, memang ARD ni jenis gemar bergurau bermain-main tak kira tempat.

Masa itu gua perasan sepasang mata, garang merenung dalam ruang petak cermin pandang belakang. Suatu renungan padu dan sinis.




*bersambung…
< >