Dikuasakan oleh Blogger.

Jalan Gelap

Kebelakangan ini apabila saya memandu di malam hari, saya dapati banyak tiang-tiang lampu hanya sekadar menjadi tugu penghias jalan tanpa fungsi pencahayaan

Ini boleh mengundang mara bahaya buat pemandu. Suasana gelap gelita bukan sekadar menjadikan punah asmara. Malah nyawa dan segala harta benda juga akan musnah seandainya melibatkan kecelakaan jalanraya.

Saya tidak pasti, sama ada hanya saya seorang yang perasan akan keadaan ini atau sebenarnya memang tiada lagi jalan yang bercahaya buat diri saya. Fuuuu~ Sedihnya...🙁

Lontaran kepada pihak berwajib. Apa yang berlaku sebenarnya?

Mohon pencahayaan..


< >

Hening


[ catatan sepamgajahblogspot ]

Suasana petang ini agak hening. Saya cuba gambarkan seperti ini.

Sebuah danau yang tenang. Silau airnya dibias terik mentari. Ikan-ikan hilang, berpayung di bawah kiambang. Segala runut tiada kedengaran hatta angin yang berbisik sekalipun. Ini benar-benar alam yang mati bunyi.

Fuuuuu~



< >

Sakit Tekak

Beberapa hari selepas raya, saya di serang rangkaian demam, batuk dan selsema. Impaknya besar sehingga mampu menumbangkan saya.

Seminggu selepas seminggu, kesannya masih terasa. Di antaranya ialah kegatalan kerongkong. Seolah-olah seperti ada kuman pra sejarah yang badannya berduri menggesel-gesel nun jauh di dalam terowong tekak saya. Fuuu!

Petang tadi, saya singgah ke kedai runcit sekitar jalan lama Karak - Lanchang. Mencari gula-gula berangin ataupun gula-gula kenyal (jujub). Praktikal rutin saya, tatkala menghadapi situasi pasca demam seperti ini.

Masuk ke dalam kedai, saya memerhati jajan yang sesuai di rak yang tersedia. Setelah mencapai sepeket Hacks dan tablet Strepsils, saya membuat bayaran di kaunter. Di kaunter pula kelihatan seorang yang agak 'brader'brader' sedang menunggu. Berperwatakan bekas punk di lihat melalui desain kemeja T hitam yang dipakainya.

Saya meraba kocek seluar mengeluarkan dompet seraya bertanyakan harga barang yang saya kutip di rak. Brader itu melihat barang di tangan saya, mengira sambil mulutnya kumat-kamit. Gerak geri bibirnya saya perhati dengan penuh fokus...

"Aku tidak sudi melihat dia lagi. Walau dalam mimpipun tidak kuinginiiii,,," rupanya dia 'sing a long' lagu Fauziah Latiff yang terpasang di radio.

Betullah. Brader ni memang bekas seorang punk sezaman dengan zaman saya.

Siga saga oii!!! Fuuu!!!



< >