Dikuasakan oleh Blogger.

Sakit Tekak

Beberapa hari selepas raya, saya di serang rangkaian demam, batuk dan selsema. Impaknya besar sehingga mampu menumbangkan saya.

Seminggu selepas seminggu, kesannya masih terasa. Di antaranya ialah kegatalan kerongkong. Seolah-olah seperti ada kuman pra sejarah yang badannya berduri menggesel-gesel nun jauh di dalam terowong tekak saya. Fuuu!

Petang tadi, saya singgah ke kedai runcit sekitar jalan lama Karak - Lanchang. Mencari gula-gula berangin ataupun gula-gula kenyal (jujub). Praktikal rutin saya, tatkala menghadapi situasi pasca demam seperti ini.

Masuk ke dalam kedai, saya memerhati jajan yang sesuai di rak yang tersedia. Setelah mencapai sepeket Hacks dan tablet Strepsils, saya membuat bayaran di kaunter. Di kaunter pula kelihatan seorang yang agak 'brader'brader' sedang menunggu. Berperwatakan bekas punk di lihat melalui desain kemeja T hitam yang dipakainya.

Saya meraba kocek seluar mengeluarkan dompet seraya bertanyakan harga barang yang saya kutip di rak. Brader itu melihat barang di tangan saya, mengira sambil mulutnya kumat-kamit. Gerak geri bibirnya saya perhati dengan penuh fokus...

"Aku tidak sudi melihat dia lagi. Walau dalam mimpipun tidak kuinginiiii,,," rupanya dia 'sing a long' lagu Fauziah Latiff yang terpasang di radio.

Betullah. Brader ni memang bekas seorang punk sezaman dengan zaman saya.

Siga saga oii!!! Fuuu!!!



< >

Tiada ulasan: